Calon layak dapat sijil SPM meningkat di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Calon layak dapat sijil SPM meningkat di Pulau Pinang

ABDUL RASHID Abdul Samad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang mencatatkan peningkatan jumlah calon yang layak menerima sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berbanding 2019 walaupun pelajar berdepan pelbagai cabaran ketika pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, jumlah peratusan calon yang layak mendapat sijil pada 2020 itu meningkat sebanyak 2.23 peratus iaitu 86.74 peratus berbanding 84.51 peratus (2019).

Menurut beliau, indeks Gred Purata Nasional (GPN) Pulau Pinang pada 2020 juga meningkat 0.20 iaitu pada kadar 4.66 berbanding 4.86 (2019).

“Selain itu, sebanyak 27 buah sekolah mencatatkan 100 peratus layak mendapat sijil peperiksaan berbanding 24 sekolah pada 2019,” katanya dalam sidang akhbar secara online di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 88 daripada 121 sekolah menunjukkan peningkatan GPS pada 2020.

“Daripada 14 mata pelajaran utama, hanya satu mata pelajaran iaitu Bahasa Cina menunjukkan penurunan.

“Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran ini pada 2020 menunjukkan pencapaian terbaik dalam tempoh 10 tahun yang mana pada 2020 sebanyak 91.21 peratus calon lulus berbanding 90.69 peratus pada 2019,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 15 buah sekolah mencatatkan GPS terbaik dengan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin mencatat GPS (1.91); SMK Bukit Jambul (1.98) dan SMK Kepala Batas (2.05).

“Bagi calon berkeperluan khas, tujuh calon telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam SPM 2020,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.