APM musnah dua sarang tebuan di loji air - Utusan Malaysia

APM musnah dua sarang tebuan di loji air

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis berusaha memusnahkan dua sarang tebuan di Loji Air Benta, Lipis, Pahang. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memusnahkan dua sarang tebuan di Loji Air Benta, dekat sini, semalam.

Pegawai APM daerah, Mohd. Azhar Yusof berkata, dua sarang tebuan itu ditemukan kakitangan loji yang membuat rondaan di kawasan sekitar.

Katanya, empat anggota daripada Unit Bencana Operasi APM Kuala Lipis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan penemuan sarang tebuan terbabit.

“Kami menerima panggilan daripada pengadu yang dikenali sebagai Naim Zahariddin kira-kira pukul 6.35 petang berkenaan penemuan sarang tebuan itu.

“Sebaik tiba, kami mendapati sarang tebuan tersebut berada di kawasan pokok bunga dan pokok jering.

“Operasi memusnahkan dua sarang tebuan itu mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan teknik semburan racun serangga dan nyalaan api memandangkan kedudukan sarang itu rendah serta bersaiz kecil, ” katanya di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, tiada kecederaan dilaporkan ketika operasi pemusnahan itu dilakukan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya