Amanah Terengganu nafi terlibat isu tukar MB - Utusan Malaysia

Amanah Terengganu nafi terlibat isu tukar MB

HASBIE MUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas UMNO, hari ini Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu pula menafikan penglibatan mereka dalam desas-desus pertukaran menteri besar.

Pengarah Komunikasinya, Hasbie Muda berkata, tindakan mengheret parti itu dalam hal rumah tangga Pas adalah tidak wajar dan bersifat murahan semata-mata.

Katanya, tiada keuntungan untuk Amanah atau pihak-pihak lain menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana pengganti beliau tentunya dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

“Tidak eloklah diheret Amanah semata-mata cuba menutup pekung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selasa lalu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku turut menyangkal wakil rakyat parti berkenaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan menteri besar.

Katanya, jika isu itu benar maka ia adalah semata-semata perkara dalam rumah tangga Pas Terengganu yang tiada kaitan dengan UMNO. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya