6,372 kes sembuh; 5,244 kes positif; 83 kematian - Utusan Malaysia

6,372 kes sembuh; 5,244 kes positif; 83 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,372 kes sekali gus mengatasi kes positif yang turut mengalami peningkatan iaitu 5,244 kes berbanding semalam, 4,743 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 83 kes kematian dicatatkan dengan 879 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 433 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 60,816 kes aktif.

Katanya, Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,000 kes berbanding semalam, 1,566 kes diikuti Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282) dan Pahang (245).

“Empat negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159), Sabah (129) manakala

“Lima negeri catat kes dua angka iaitu Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) manakala Perlis merekodkan hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya