3 juta penduduk Johor divaksin menjelang akhir Oktober - Utusan Malaysia

3 juta penduduk Johor divaksin menjelang akhir Oktober

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan menyasarkan untuk selesai memberi suntikan vaksinasi Covid-19 kepada seramai tiga juta penduduk negeri ini menjelang akhir Oktober depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran itu boleh dicapai sekiranya negara tidak berdepan masalah berkaitan bekalan vaksinasi.

Jelas beliau, pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri telah merangka beberapa strategi untuk memastikan hasrat itu dapat dilaksana.

“Bagi mencapai jumlah tiga juta penduduk divaksin, kita perlu meningkatkan jumlah penerima vaksinasi harian daripada 14,000 sehari kepada 50,000 sehari.

“Peningkatan jumlah penerima ini akan dibuat secara berperingkat di mana menjelang September, kita sasar sudah dapat membuat suntikan vaksin sebanyak 30,000 sehari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 (CITF) Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, antara strategi lain termasuklah penglibatan sektor kesihatan swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kerajaan Johor mencadangkan untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) skala besar di setiap daerah negeri ini dan cadangan itu akan diperhalusi.

“Selain itu, kita juga akan membabitkan penglibatan hospital dan klinik swasta untuk membantu menjayakan usaha ini kerana untuk mencapainya kita perlu lebih banyak PPV dan juga lebih ramai tenaga kerja,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa pengeluar vaksin jenis Pfizer-BioNTech telah menjamin bekalan sebanyak 25 juta dos vaksin akan dihantar ke negara ini dalam suku tahun ketiga. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya