Ziarah Aidilfitri di Sabah dibenarkan sehingga raya ketiga - Utusan Malaysia

Ziarah Aidilfitri di Sabah dibenarkan sehingga raya ketiga

MASJID NEGERI SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat sunat Aidilfitri dan aktiviti ziarah sehingga hari raya ketiga dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, solat sunat Aidilfitri dibenarkan mengikut kapasiti masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter manakala bacaan khutbah perlu dipendekkan kepada 15 minit.

“Bagaimanapun jemaah kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan golongan berisiko tidak dibenarkan dan jemaah wanita disaran untuk tidak mengikut solat sunat Aidilfitri.

“Untuk sesi ziarah pula dihadkan kepada 10 orang dalam kalangan ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam daerah sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tempoh ditetapkan untuk aktiviti ziarah adalah antara pukul 9 pagi hingga 9 malam dan terhad kepada dua jam bagi setiap kunjungan dan tuan rumah diwajibkan menyedia kod QR MySejahtera dan mematuhi protokol kesihatan umum.

Bagi ziarah tanah perkuburan, hanya enam orang setiap keluarga dibenarkan untuk satu lot kuburan bagi tempoh 45 minit dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Pengurusan tanah perkuburan pula dikehendaki mengawal keluar masuk orang yang datang berziarah dan kod QR MySejahtera perlu disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya