Warga emas cari rebung maut disengat puluhan tebuan tanah - Utusan Malaysia

Warga emas cari rebung maut disengat puluhan tebuan tanah

SEORANG warga emas maut disengat tebuan tanah di kawasan hutan berhampiran Jalan Baru Semadong, Padang Besar, Perlis, semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang warga emas maut disengat tebuan tanah ketika mencari rebung di kawasan hutan berhampiran Jalan Baru Semadong, Padang Besar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Low Kai Lan, 61, yang juga seorang petani dikatakan telah disengat oleh puluhan ekor tebuan tanah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas memberitahu, anak saudara mangsa, telah membuat laporan di Balai Polis Beseri kira-kira pukul 3.30 petang selepas mendapati warga emas berkenaan tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari rebung.

Katanya, polis ke kawasan berkenaan untuk mencari mangsa sebelum menemukan mayat warga emas itu di berhampiran rimbunan pokok buluh kira-kira pukul 7.15 petang.

“Hasil pemerhatian awal pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan antara 40 hingga 50 sengatan. 

“Kakitangan Klinik Kesihatan Beseri telah mengesahkan kematian mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Bomba negeri, Ruhisha Haris berkata, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa yang ditemukan di bawah rimbunan pohon buluh itu.

“Bomba yang menggunakan pakaian khas ‘Bee Suit’ dan ‘strekcher’ telah berjaya mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya