Tidak pakai pelitup muka: Neelofa hadir beri keterangan di IPD Seremban - Utusan Malaysia

Tidak pakai pelitup muka: Neelofa hadir beri keterangan di IPD Seremban

NOOR Neelofa Mohd. Noor tiba di pekarangan IPD Seremban bagi memberi keterangan bagi siasatan beliau niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan Kementerian Kesihatan ketika hadir pada pertuduhan di Mahkamah Majistret Seremban, Seremban, Khamis lalu. Beliau ditemani suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan Kementerian Kesihatan.

Noor Neelofaa tiba di pekarangan IPD Seremban pada pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta BMW dan ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail.

NOOR Neelofa Mohd. Noor hadir memberi keterangan bagi siasatan tidak memakai pelitup muka. – UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

Difahamkan, Noor Neelofa turut diiringi dua pengawal peribadi bersama dua orang peguam ketika hadir memberi keterangan sebentar tadi.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Noor Neelofa.

Ia susulan berita yang tular di mana selebriti itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Khamis lalu dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Laporan polis diterima kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti diwajibkan Kementerian Kesihatan kepada semua orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN