Sultan Mizan, anakanda solat sunat Aidilfitri - Utusan Malaysia

Sultan Mizan, anakanda solat sunat Aidilfitri

SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az.

Sultan Mizan yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar tiba kira-kira pukul 8.25 pagi.

Solat sunat Aidilfitri di negeri ini dibenarkan dengan hanya 40 jemaah lelaki tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di samping itu, aktiviti menziarah kubur turut tidak dibenarkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN