Solat hajat untuk Palestin perlu diadakan - Utusan Malaysia

Solat hajat untuk Palestin perlu diadakan

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Umat Islam di negara ini diseru mengadakan solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar melindungi Masjid Al-Aqsa As Syarif dan penduduk Islam di Palestin.

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, pihaknya berharap seluruh imam masjid dan surau di negara ini melaksanakan solat hajat bersama anak kariah untuk keselamatan umat Islam di negara itu.

“Keadaan di sana masih tegang dan memerlukan perhatian umat Islam sejagat agar dapat mempertahankan kemuliaan Masjid Al-Aqsa As Syarif yang sedang diancam.

“Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Masjid Al-Aqsa dan pengunjungnya diserang polis Israel serta teroris Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Azmi berkata, pertempuran warga Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa As Syarif beberapa hari ini sangat bahaya dan berkemungkinan mencetuskan pertumpahan darah lebih ramai.

Kenyataan bersama itu turut disokong Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa, Datuk Seri Ahmad Awang dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Datuk Abdul Ghani Samsudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN