Sila tunjuk bukti saintifik aktiviti sukan berisiko dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Sila tunjuk bukti saintifik aktiviti sukan berisiko dijangkiti Covid-19

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan digesa untuk menunjukkan bukti saintifik bahawa sektor sukan dan rekreasi berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 sehingga memutuskan menggantungkan semua aktiviti itu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, terdapat fakta mengatakan bahawa aktiviti berlari atau berjalan di kawasan yang kurang sesak adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko Covid-19 dan mampu menguatkan sistem imun badan melawan virus itu.

“Pakar penyakit berjangkit, Dr Adeeba Kamarulzaman yang baru-baru ini dilantik sebagai Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan beliau mengatakan risiko dijangkiti Covid-19 di kawasan terbuka 18 kali ganda lebih rendah berbanding di tempat tertutup.

“Malah Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia, Dr Steven Chow pula mengatakan bahawa keputusan tersebut tidak masuk akal dan meminta kerajaan untuk memberikan bukti bahawa aktiviti senaman di kawasan terbuka dengan pematuhan SOP boleh menyebabkan penularan wabak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan yang diisytiharkan PKP digantung buat sementara bermula hari ini, umum Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Keputusan tersebut diambil dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KBS dalam satu kenyataan berkata, penggantungan sementara termasuklah di premis atau fasiliti komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.

Dalam pada itu, tambah Kit Siang tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal yang tampil untuk mempertahankan keputusan itu telah menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.

“Mungkin Wan Ahmad berpendapat bahawa dia lebih layak untuk memberi komen mengenai masalah tersebut, walaupun Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Christopher Lee pernah mengatakan bahawa senaman di ruang terbuka adalah selamat.

“Sebenarnya kerajaan perlu mempertimbangkan semula larangan menyeluruh untuk gimnasium, sukan tanpa hubungan dan latihan dalaman,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya