fbpx

15 Jun 2021, 9:29 am

  TERKINI

Semakan kehakiman SMKCBN bakal diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMKCBN), Lady Superior of the Society of Saint Maur (Lady Superior) yang mencabar tindakan kerajaan tidak memanjangkan tempoh pajakan bakal diselesaikan tidak lama lagi.

Peguam, Damien Chan yang mewakili sekolah berkenaan ketika dihubungi media berkata, penyelesaian tersebut adalah selepas kerajaan memanjangkan tempoh pegangan pajakan selama 60 tahun.

“Oleh itu, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 3 Jun ini untuk memaklumkan mahkamah status terkini penyelesaian itu,”kata peguam itu. Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Aslamiah Jamil.

Pada 7 April lalu, Lady Superior selaku pemohon telah memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan selaku responden selepas pajakan mereka yang akan berakhir 6 September ini tidak diperbaharui.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin pada 19 April lalu memberikan kebenaran kepada LAdy Superior untuk memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan tersebut.

Menurut afidavit yang difailkan, sekolah terbabit memfailkan semakan tersebut atas antara lainnya atas alasan keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan berkenaan melanggar hak kebebasan asasi dan hak untuk mendapat pendidikan.

Oleh itu, sekolah terbabit antara lain memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Pejabat Tanah dan Galian untuk tidak memanjangkan tempoh pajakan. -UTUSAN ONLINE