Selepas hambur 'kepala otak dia', Guan Eng minta maaf - Utusan Malaysia

Selepas hambur ‘kepala otak dia’, Guan Eng minta maaf

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersedia meminta maaf jika benar sumbangan vaksin oleh sebuah syarikat swasta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini adalah palsu dan merupakan ‘scam’.

Bagaimanapun menurut beliau, sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara kedua dan perhatian ketika ini tidak sepatutnya dialihkan daripada isu asas.

Jelasnya, isu itu adalah Kerajaan Persekutuan perlu memberikan kelulusan segera kepada semua kerajaan negeri untuk membeli vaksin atau mendapatkan sumbangan vaksin.

Tambah beliau, tidak salah bagi kerajaan negeri mendapatkan vaksin secepat mungkin untuk rakyat demi melindungi mereka dengan segala cara sah yang ada.

“Sekiranya apa yang dikatakan oleh Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin) benar, maka saya bersedia meminta maaf agar kita dapat memberi perhatian pada kepentingan mendapatkan vaksin untuk rakyat melalui usaha keseluruhan kerajaan atau negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng mencetus perhatian ramai apabila menghamburkan perkataan ‘kepala otak dia’ dalam sidang akhbar bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

Reaksi itu diluahkan Guan Eng yang mempersoalkan mengapa Kerajaan Pusat tidak membenarkan kerajaan negeri menerima sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac yang mahu disumbangkan sebuah syarikat swasta pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Khairy mendedahkan sumbangan dua juta dos vaksin oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah tawaran palsu.

Menurut Khairy, siasatan dan carian yang dilakukan pihaknya mendapati syarikat berkenaan iaitu Xintai Development Enterprise LTD tidak wujud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN