Selangor tolak PKP penuh? - Utusan Malaysia

Selangor tolak PKP penuh?

Dzulkefly dan Siti Mariah dalam sidang akhbar khas di Bangunan Annexe SUK Shah Alam, Selangor hari ini.-UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor memberi bayangan seolah-olah menolak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh walaupun kes di negeri itu terus mencatat peningkatan.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, negeri penyumbang ekonomi terbesar negara itu sukar melaksanakan PKP penuh hanya semata-mata merujuk kepada bilangan kes harian yang dicatatkan.

Menurutnya, berdasarkan bilangan angka, sememangnya benar menunjukkan Selangor mendahului negeri lain.

“Bagaimanapun, Selangor bukan negeri yang parah jika dilihat dari sudut bilangan industri yang beroperasi di negeri itu berbanding jumlah kepadatan penduduknya.

“Lockdown semata-mata tidak cukup tetapi apa yang kita perlu buat dengan mengambil kira kesan Selangor sebagai penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada negara,” katanya dalam sidang akhbar khas Covid-19 Selangor di Bangunan Annex di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, buat masa ini, jumlah penerima vaksin di negeri ini terlalu rendah iaitu hanya 3.3 peratus daripada keseluruhan penduduk di Selangor iaitu kira-kira 7 juta orang.

Malah, tindakan melabelkan Selangor sebagai negeri yang ‘parah’ akibat peningkatan kes harian Covid-19, ia bukan satu perkara yang tepat.

“Kerajaan Pusat perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menggagas jumlah vaksin yang diperlukan bagi ‘memagar’ penduduk negeri itu supaya angka kes harian tidak bertambah.

“Sehingga kelmarin, kita hanya menerima 3.3 peratus iaitu lebih dari Sabah tetapi lebih rendah berbanding negeri lain.

“Jumlah vaksin yang perlu diberikan kepada rakyat di Selangor perlulah mengikut ratio kepadatan penduduk dan barulah kita dapat refencing Selangor dan dapat mengekang pertambahan jumlah kes harian,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya