Selangor cecah 2,000 kes - Utusan Malaysia

Selangor cecah 2,000 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 yang tertinggi dengan menghampiri 5,000 kes iaitu 4,855 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 3,347 kes.

Sebanyak 27 kematian dan lapan kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 41,582 kes berbanding semalam, 40,101 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 481 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 247 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi yang kini menghampiri 2,000 kes iaitu 1,783 kes diikuti Kuala Lumpur, 521 kes; Johor, 467 kes; Sarawak, 395 kes; Pulau Pinang, 395 kes; Kelantan, 339 kes; Perak, 302 kes; Kedah, 193 kes; Terengganu, 148 kes dan Negeri Sembilan, 100 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 76 kes; Melaka, 67 kes; Pahang, 56 kes manakala Putrajaya, sembilan kes; Labuan, empat kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, 27 kes kematian melibatkan lapan kes di Selangor, lima kes di Johor, tiga kes di Kelantan, dua kes di Sabah, dua kes di Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak, dua kes di Pulau Pinang manakala Perak, Pahang dan Labuan, masing-masing satu kes.

“Kes melibatkan 18 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 37 hingga 83 tahun melibatkan pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit yang dikesan iaitu darah tinggi, kencing manis, strok, buah pinggang kronik, obesiti, jantung, obesiti, dislipidemia, parkinson dan kanser paru-paru,” katanya.

Mengulas mengenai sembilan kluster baharu, beliau berkata, lima kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Keretapi Lama di Kuala Selangor, Selangor, 24 kes; Kluster Lima Jalan Kebun di Klang dan Kuala Langat, Selangor, 11 kes dan Kluster Jalan Tropika Industri di Johor Bahru, Johor, 14 kes.

Dua lagi katanya, Kluster Jalan Suasa Industri di Johor Bahru, Johor, 12 kes dan Kluster Jalan Chain Ferry melibatkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, 14 kes.

“Dua kluster komuniti iaitu Kluster Jalan Lilin melibatkan Miri dan Lawas, Sarawak, 22 kes dan Kluster Kongsi Lapan di Tawau, Sabah, 11 kes.

“Kluster keagamaan merekodkan satu kluster iaitu Kluster Tanjung Rimau di Alor Gajah, Melaka, 14 kes,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya