Sedia jalin semula kerjasama dengan kerajaan negeri demi rakyat 

Afif sedia jalin semula kerjasama dengan kerajaan negeri demi rakyat 

AFIF BAHARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama semula dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika diperlukan demi kebaikan rakyat. 

Pada masa sama, kata Dr. Afif, beliau juga sedia memanfaatkan hubungan baiknya dengan kerajaan Persekutuan ketika ini untuk membantu beberapa exco kerajaan negeri di sini bagi melicinkan tugas mereka jika khidmatnya masih ditagih. 

Bagaimanapun, Dr. Afif masih tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap tindakan kerajaan negeri menarik balik peruntukan yang disediakan untuk ADUN pembangkang sepertinya di Pulau Pinang beberapa bulan lalu. 

“Mereka minta saya tolong tapi pada masa yang sama, mereka potong peruntukan yang diberikan kepada saya di Seberang Jaya. Untuk apa?” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Vaksin Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Seberang Perai (SP) Arena, di sini hari ini. 

Menurut Dr. Afif, agenda rakyat khususnya penduduk Seberang Jaya tetap menjadi keutamaannya meskipun beliau kini bergerak sebagai ADUN pembangkang di negeri ini. 

Dalam perkembangan berasingan, beliau menggesa lebih ramai penduduk Seberang Jaya mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19. 

“Saya difahamkan, sehingga kini lebih 144,000 penduduk di sini telah mendaftarkan diri untuk tujuan itu dan ini boleh dianggap sebagai satu perkembangan baik,” katanya. 

Tambahnya, satu lagi pusat pemberian vaksin akan dibuka di SPT iaitu berhampiran tapak ekspo di Seberang Jaya selepas ini sekali gus bakal memudahkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada mereka yang mendaftar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN