Ramai ditahan gagal daftar butiran - Utusan Malaysia

Ramai ditahan gagal daftar butiran

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam kembali turun dengan 332 individu dicekup berbanding 486 individu diberkas kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 331 dikompaun manakala seorang direman dengan kes tertinggi masih lagi gagal merekod butiran atau daftar masuk premis.

Kesalahan tersebut jelas beliau, mencatatkan sebanyak 151 kes diikuti tidak memakai pelitup muka (80), aktiviti pusat hiburan (28), gagal patuhi penjarakan fizikal (25) dan lain-lain (48).

“Seramai 10 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan sebuah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng selain 132 bot atau kapal dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 1,069 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya dikuarantin manakala seramai 7,490 individu terbabit masih lagi dikuarantin wajib.

Seramai 1,855 individu terlibat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala 189,287 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN