Potensi kebolehpasaran graduan UniKL RCMP 93 peratus - Utusan Malaysia

Potensi kebolehpasaran graduan UniKL RCMP 93 peratus

Dr. Mohd Nizar Sudin (depan,tengah) bersama alumni YPM yang sedang melanjutkan pengajian di UniKL RCMP, Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Graduan keluaran Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) mencapai tahap kebolehpasaran sehingga mencapai  93 peratus.

Menurut Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin, kejayaan graduan tersebut memberi satu impak yang baik kepada yayasan berkenaan bagi meneruskan misi membantu anak Melayu dan Bumiputera dalam melonjakkan taraf pendidikan mereka.

Selain itu ia menunjukkan alumni YPM sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada yayasan berkenaan.

“Sebagai ikon YPM yang luar dari kebiasaan, kejayaan adik-adik merupakan kebanggaan YPM. Semoga mereka menjadi insan yang berbudi pekerti tinggi, bersifat holistik, kompeten dalam aspek akademik dan modal insan supaya menjadi aset penting dalam pembangunan negara,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam Program Ramah Mesra Bersama Alumni di Ipoh baru-baru ini.

Majlis dihadiri sebahagian alumni yayasan berkenaan terdiri daripada pelajar yang pernah menerima bantuan YPM menerusi Program Tuisyen YPM dan Program Selangkah ke Universiti YPM.

Alumni YPM kini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pembedahan, farmasi dan medical imaging. 

“Semoga alumni YPM akan menyumbang semula kepada setiap program YPM dalam apa jua bentuk sokongan sama ada dari segi tenaga dan idea-idea baharu bagi memastikan program-program pendidikan YPM terus relevan dalam membantu memperkasakan pendidikan anak Melayu dan bumiputera,” ujarnya.

Pada majlis tersebut Dr. Mohd Nizar menyampaikan bantuan tunai Aidilfitri kepada alumni YPM disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin, Pengarah MARA Negeri Perak, Lailatul Asmah Mohd Tahir dan Ketua Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL RCMP Ipoh,  Hishamuddin Omar. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya