Polis cuma periksa rumah ‘majlis tunang tak jadi’ - Utusan Malaysia

Polis cuma periksa rumah ‘majlis tunang tak jadi’

CYRIL EDRWARD NUING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Polis daerah ini menafikan melakukan serbuan di sebuah rumah di Jalan Dahlia 1, Taman Sri Mersing, di sini dan mengeluarkan kompaun kepada tuan rumah dan tetamu yang hadir.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya bukan melakukan serbuan sebaliknya hanya membuat pemeriksaan biasa selepas menerima laporan.

“Tiada serbuan, cuma pemeriksaan biasa sahaja. Polis menerima maklumat menyatakan ada majlis pertunangan (di rumah itu) tetapi (majlis) tidak jadi.

“Tiada tindakan diambil,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di WhatsApp mesej berkenaan sebuah rumah di jalan berkenaan kononnya yang diserbu pihak polis.

Mesej itu berbunyi Ada rumah Jalan Dahlia 1, Taman Sri Mersing kena serbu polis. Mungkin ramai tetamu. Kereta banyak. Ada jurugambar sekali, tuan rumah kena 25k (RM25,000). Tetamu 5k (RM5,000) setiap seorang. Sedap bayar duit raya.

Sementara itu, Cyril turut meminta orang ramai terutama penduduk di daerah Mersing agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kita minta seluruh lapisan masyarakat mematuhi arahan SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan SOP. 

“Diingatkan juga agar tidak membuat sebaran maklumat yang palsu atau tidak pasti supaya tidak menimbulkan kegusaran awam,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN