PKP di Kuantan jika kes meningkat - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

PKP di Kuantan jika kes meningkat – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Situasi terkini pandemik Covid-19 di negeri ini menunjukkan berlaku ‘trend’ peningkatan kes dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. 

Bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan sehingga semalam ialah 354 kes aktif dengan empat daerah diletakkan di bawah kategori zon merah iaitu Bentong, Kuantan, Temerloh dan Raub.  

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau bimbang dengan ‘trend’ peningkatan di Kuantan yang tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Sehingga hari ini katanya, jumlah kumulatif kes positif di Kuantan ialah 1,470 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 143 kes daripada sembilan kluster. 

Beliau berkata, jumlah sampel yang belum berkeputusan ialah 647 sampel dan 1,942 orang dikenakan perintah kuarantin di rumah. 

“Terkini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, bagi mengawal penularan dalam kalangan komuniti yang dipercayai berpunca daripada jangkitan di masjid, berkemungkinan ekoran aktiviti berbuka puasa dan moreh tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

“Susulan itu, kerajaan negeri bercadang mengenakan peraturan lebih ketat jika peningkatan kes ini tidak dapat dikawal dengan baik, termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diambil di Mukim Gali dan Tras, Raub,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Rosdy berkata, beliau berharap rakyat bersama-sama kerajaan negeri dan pihak penguatkuasa, memastikan pematuhan terhadap SOP. 

“Bagi penduduk daerah Kuantan terutamanya, marilah kita mengawal penularan jangkitan pandemik ini dengan mengambil langkah-langkah kawalan seperti menghadkan aktiviti/majlis rasmi berbentuk perhimpunan melibatkan orang ramai.

“Mereka juga diminta menghadkan pergerakan rentas masuk dan keluar daerah dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Sentiasa menjaga penjarakan fizikal sewaktu di premis makan dan bilangan pengunjung ke bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri pada satu-satu masa dikurangkan daripada kapasiti sedia ada, bagi memastikan penjarakan fizikal yang sesuai dengan keluasan tapak bazar berkenaan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya