Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV

AZMI Khasim meninggal dunia di tempat kejadian selepas merempuh bahagian belakang sebuah SUV di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth di Tikam Batu, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth di Tikam Batu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa, Azmi Khasim, 56, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebelum kejadian, SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berusia 85 tahun mengalami kerosakan dan berhenti di lorong motosikal.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri belakang SUV.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat pembersihan maut di tempat kejadian manakala pemandu X70 tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal yang mempunyai masalah jantung bengkak dipercayai mengantuk dan kepenatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya