Pembantu kedai ditemukan maut dibelasah - Utusan Malaysia

Pembantu kedai ditemukan maut dibelasah

ANGGGOTA polis membawa keluar mayat seorang lelaki yang maut dipukul empat lelaki dalam pergaduhan di sebuah kedai berhampiran Pasar Awam Buntong, Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai dipukul empat lelaki dalam pergaduhan di sebuah kedai menjual herba berhampiran Pasar Awam Buntong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz berkata, mangsa dikenali sebagai Boy berusia 31 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh rakan sekerjanya sekitar pukul 1.15 petang.

Katanya, seorang wanita iaitu rakan sekerja mangsa yang berada di kaunter juruwang memaklumkan, empat lelaki datang ke kedai untuk mencari lelaki itu.

“Polis dimaklumkan oleh saksi, kedengaran bunyi bising dari dalam bilik dipercayai akibat pertengkaran sebelum kesemua suspek beredar lima minit kemudian.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan penglibatan pihak lain dalam kejadian itu ekoran mangsa mempunyai rekod jenayah.

Katanya, berdasarkan semakan, mangsa mempunyai tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Polis kini giat menjejaki dan mengenal pasti identiti empat lelaki yang terlibat itu.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai makluman berkaitan kes ini diminta tampil menberi maklumat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN