PdP bersemuka dilarang di semua IPT sepanjang PKP - Utusan Malaysia

PdP bersemuka dilarang di semua IPT sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 7 Jun.

KPT dalam kenyataan berkata, perkara itu ditetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Justeru katanya, semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada enam kategori pelajar yang berkeperluan.

“Peperiksaan antarabangsa, badan profesional dan aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT juga dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) IPT berkenaan.

“Pelajar IPT berkeperluan yang pulang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dibenarkan kembali semula ke kampus berdasarkan tarikh dan SOP yang diumumkan dengan menggunakan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT masing-masing,” katanya hari ini.

KPT turut memaklumkan, pergerakan pensyarah atau tenaga pengajar bagi tujuan PdP juga dibenarkan dengan pengesahan daripada KPT atau IPT berkaitan.

KPT ingin menasihati para pelajar agar sentiasa mematuhi SOP atau arahan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jelasnya, para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik
Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN