GUA MUSANG: Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, di sini yang belum mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bukan kerana enggan divaksin, sebaliknya mereka tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini terbukti apabila program pendaftaran PICK di kampung itu kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Orang Asli di situ. Ketua Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, penduduk tiada masalah mendaftar sebagai penerima vaksin selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)…










