Nelayan laut dalam berisiko gulung tikar - Utusan Malaysia

Nelayan laut dalam berisiko gulung tikar

Tan Teng Keat, pemilik bot laut dalam di Bagan Panchor di sini. -UTUSAN/ WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Nelayan laut dalam di sini berisiko gulung tikar setelah tidak dapat turun ke laut sejak lebih setahun disebabkan larangan kemasukan pekerja asing sektor perikanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerana tiada pekerja, bot mereka terus tersadai tidak bergerak sejak lebih setahun lalu, menyebabkan mereka tiada pendapatan.

Akibatnya, mereka kini berdepan dengan pelbagai masalah terutama untuk membayar balik hutang pinjaman bot dengan pihak bank.

Selain itu, bot mereka yang lama tersadai akan menyebabkan enjin rosak selain kos penyelenggaraan yang semakin tinggi.

Seorang pemilik bot laut dalam di Bagan Panchor, Tneh Zi Seng, 27, berkata, keadaan mereka semakin terdesak kerana larangan tersebut.

Tneh Zi Seng, 27, pemilik bot nelayan laut dalam ketika ditemui di sini hari ini. -UTUSAN/ WAT KAMAL ABAS

“Kami berdepan risiko gulung tikar jika pekerja perikanan warga asing terus tidak diberi kelonggaran untuk memasuk dan bekerja dalam sektor perikanan laut dalam.

“Kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja asing hanya dalam sektor perikanan laut dalam untuk masuk bekerja ke negara ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Seorang lagi pemilik bot di Bagan Panchor, Tan Teng Keat, 52, berkata, keadaan sekarang memberi impak kepada ekonomi negara apabila tidak banyak hasil laut dapat ditangkap sehingga ia memberi kesan kepada rantaian perniagaan makanan seperti di restoran.

Katanya, apabila bekalan ikan berkurangan, ini akan menyebabkan harga ikan naik, selain perniagaan di restoran tidak dapat beroperasi kerana kekurangan bekalan sehingga negara terpaksa mengimport ikan dari negara jiran.

“Masalah ini boleh selesai jika kerajaan memberikan sedikit kelonggaran kepada warga asing untuk bekerja dalam sektor perikanan laut dalam,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ratusan bot nelayan laut dalam di sini tersadai sejak PKP tahun lalu disebabkan larangan kemasukan pekerja perikanan atau awak-awak dari Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Imigresen Malaysia melonggarkan syarat kemasukan pekerja perikanan dari luar untuk sektor laut dalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya