Lori bawa muatan habuk kayu terbabas, masuk laluan landasan KTMB - Utusan Malaysia

Lori bawa muatan habuk kayu terbabas, masuk laluan landasan KTMB

SEBUAH lori membawa muatan habuk kayu terbabas dan memasuki kawasan landasan keretapi milik KTMB dalam kejadian kemalangan di Jalan Batang Benar berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Nilai-Batang Benar, Nilai hari ini.-FOTO/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan habuk kayu terbabas dan memasuki kawasan landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kejadian kemalangan di Jalan Batang Benar berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Nilai-Batang Benar dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku apabila sebuah lori jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 75 tahun dalam perjalanan menghala ke Nilai dari Beranang telah hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar sebuah kereta jenis Toyota Camry yang berada di sebelah kanan jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan lori yang membawa muatan habuk kayu tersebut terbabas ke kiri dan terbalik memasuki kawasan landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Akibat kemalangan, mangsa pemandu lori telah mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, bagaimanapun pemandu kereta Toyota Camry yang merupakan seorang lelaki berumur 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya