Liew Chin Tong, Teo Nie Ching kekal terajui DAP Johor - Utusan Malaysia

Liew Chin Tong, Teo Nie Ching kekal terajui DAP Johor

LIEW Chin Tong (dua kiri) bersama barisan ahli jawatankuasa DAP Johor pada sidang akhbar selepas pemilihan parti sempena Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor 2021 di Batu Pahat, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong terus mengekalkan jawatannya bagi penggal keempat dalam pemilihan yang berlangsung sempena Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor 2021, di sini semalam.

Chin Tong menerima 561 undi daripada 1,024 perwakilan yang hadir melibatkan 210 cawangan DAP seluruh negeri.

Manakala, jawatan Timbalan Pengerusi juga kekal disandang penjawatnya yang terdahulu iaitu Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Sementara itu, dua jawatan Naib Pengerusi DAP negeri disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan ADUN Bekok, Dr. S. Ramakrishnan.

ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dilantik sebagai Setiausaha, manakala jawatan Bendahari dijawat ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dilantik sebagai Setiausaha Organisasi, sementara ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dilantik sebagai Setiausaha Publisiti.

Chin Tong memberitahu, pihaknya yakin barisan kepimpinan baharu DAP Johor itu akan dapat meneruskan lagi kesinambungan parti yang dibawa kepimpinannya terdahulu.

“Saya dan Nie Ching akan meneruskan kerjasama ini untuk memastikan lima agenda yang dirancang terus diperkasa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

“Saya juga memuji perwakilan kerana memberi kepercayaan kepada ahli wanita untuk bersama-sama menerajui barisan kepimpinan negeri di mana lima daripada 15 ahli jawatankuasa adalah kaum wanita,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pemilihan jawatan kuasa parti itu.

Sementara itu, bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti peringkat negeri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya