LENGANG…Suasana jalan utama di Jalan Ampang kelihatan lengang pada hari kedua Aidilfitri susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 7 Jun ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tidak banyak pergerakan kenderaan berlaku berikutan larangan kerajaan melakukan aktiviti ziarah-menziarahi pada sambutan hari raya tahun ini bagi mengawal penularan Covid-19.

Namun begitu, bagi mengubat kerinduan kampung halaman, beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan di dekorasi rumah tradisional di sebuah pusat beli-belah bersama keluarga sempena meraikan Aidilfitri.
Beberapa keluarga turut berpakaian hari raya dan bergambar di depan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Pintasan Saloma.

Pusat beli-belah juga kelihatan lengang pada hari kedua Aidilfitri.

Semalam, Malaysia merekodkan kes jangkitan Covid-19 menghampiri 5,000 kes dan menimbulkan kebimbangan ramai. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO










