Kayu 6.8 tan dari Kanada dirampas - Utusan Malaysia

Kayu 6.8 tan dari Kanada dirampas

KONTENA yang membawa produk kayu seberat 68.8 tan yang ditahan menggunakan permit import tamat tempoh di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang membawa produk kayu (sawn timber) bernilai RM210,776 menggunakan permit import tamat tempoh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Hizzuan Hasim berkata, perkara itu disedari hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada pukul 3.50 petang oleh Pegawai Penguasa Maqis ke atas kontena tersebut yang membawa masuk produk kayu dengan berat kira-kira 68.8 tan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati produk kayu yang dimuatkan dalam kontena terbabit dibawa masuk dari Kanada.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati produk kayu yang dianggarkan bernilai RM210,776 itu dibawa masuk menggunakan permit import tamat tempoh.

“Kesemua produk kayu tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” kata Hizzuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN