Katil ICU seluruh negara kritikal, capai penggunaan 83 peratus - Utusan Malaysia

Katil ICU seluruh negara kritikal, capai penggunaan 83 peratus

Tangkap layar ciapan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berhubung penggunaan katil ICU yang melepasi 83 peratus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19 semakin kritikal dan terhad berikutan penularan wabak Covid-19 di Malaysia yang masih belum menunjukkan sebarang penurunan.

Setakat semalam, kadar penggunaan katil berkenaan di seluruh negara telah mencapai 83 peratus.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan, jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin berkurangan dan keadaan tersebut semakin membimbangkan sekiranya jumlah kes tidak dapat dilandaikan.

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan rakyat Malaysia untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya di akaun Twitternya pagi tadi.

Tambahnya, dalam pautan bebenang ciapan yang sama, beliau berharap majikan memberi ruang bekerja dari rumah (BDR) dilaksana bagi golongan pekerja untuk mengehadkan pergerakan setiap individu dalam negara.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk BDR dan sekali gus menghadkan bilangan pekerja yg hadir ke pejabat pada satu masa,” katanya.

Dalam situasi sedemikian, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk mengambil inisiatif sendiri dengan membuat pengasingan kendiri.

Dalam ciapan sebelum itu, Noor Hisham menjelaskan situasi semasa daerah-daerah di Malaysia hanya tujuh daerah zon kuning manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat 19 Mei 2021

Beliau berpesan supaya seluruh rakyat Malaysia terus jaga diri dan juga keluarga termasuk mengamalkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’ kendiri atau self lockdown. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya