Hishammuddin sertai mesyuarat tergempar OIC esok bincang isu keganasan Israel - Utusan Malaysia

Hishammuddin sertai mesyuarat tergempar OIC esok bincang isu keganasan Israel

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka esok secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar bagi membincangkan mengenai tindakan keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al-Shareef.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia yang sentiasa menyokong padu perjuangan Palestin dan rakyatnya akan menyertai mesyuarat ini dan beliau sendiri akan mewakili negara.

“Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC. 

“Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau telah berkomunikasi secara  berterusan dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan dan Menteri Luar Indonesia,  Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara- negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.

Beliau berkata, secara kolektif, ketiga-tiga pihak mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin.

Media antarabangsa, Agensi melaporkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 10,000 penduduk Palestin meninggalkan kediaman masing-masing selepas Israel terus melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti sejak semalam.

Kebanyakan penduduk Palestin mendapatkan perlindungan di beberapa sekolah yang dibiayai PBB di utara Gaza.

Sehingga hari ini, sebanyak 126 penduduk Palestin terbunuh termasuk 31 kanak-kanak, manakala lebih 920 cedera.

Jumlah kematian dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila serangan udara tentera Zionis mengenai sebuah kem pelarian di sini, menyebabkan tujuh maut termasuk enam kanak-kanak.

Insiden itu juga menyaksikan  sejumlah penghuni di kem pelarian tersebut terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Biarpun mendapat gesaan antarabangsa supaya menghentikan serangan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan serangan terhadap kubu Hamas.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya