Boleh semak senarai premis berisiko tular Covid-19 di Hide - Utusan Malaysia

Boleh semak senarai premis berisiko tular Covid-19 di Hide

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua premis yang mempunyai risiko penularan Covid-19 akan disenarai dalam sistem amaran awal yang dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (Hide) bermula Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perkara terbabit dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang baru-baru ini yang memutuskan pelaksanakaan sistem Hide.

Beliau yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, sistem terbabit membolehkan mana-mana premis ditandakan sebagai kawasan panas untuk kemungkinan wujudnya kluster baharu.

“Pelaksanaan sistem ini bagi memastikan semua pemilik premis dan pengunjung atau orang awam mengambil langkah norma baharu bagi memastikan tidak berlakunya sebarang penularan Covid-19.

“Senarai terbabit akan diumumkan oleh Pasukan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan dipamerkan dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelaksanaan sistem Hide di pejabatnya hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya mengesan 1,660 lokasi berisiko mencetuskan kluster baharu susulan pelaksanaan sistem Hide, malah, terdapat peningkatan lokasi berisiko yang dikesan dalam beberapa hari ini.

Katanya, antara lokasi berisiko yang dikesan seperti bazar, pejabat, pusat beli belah dan pasar raya, malah, majlis sosial juga tersenarai.

“Apabila Hide menyenaraikan premis, ia adalah intervensi awal bagi membolehkan kerajaan mengambil langkah sewajarnya termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Langkah ini membolehkan sebarang tindakan dilakukan secara bersasar susulan senarai yang dikeluarkan Hide,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya