Gerai bazar Ramadan rosak dihempap pokok kelapa - Utusan Malaysia

Gerai bazar Ramadan rosak dihempap pokok kelapa

KEADAAN sebuah khemah gerai yang rosak teruk selepas dihempap pokok kelapa di Bazar Ramadan Sungai Yan di Yan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang pembantu gerai dan dua pelanggan nyaris maut apabila sebuah gerai di bazar Ramadan, Sungai Yan di sini dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut, petang semalam.

Kejadian ribut itu berlaku ketika hujan lebat disusuli angin kencang pada pukul 4.30 petang.

Pembantu gerai terbabit, Norzita Mangsor, 45, berkata, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah gerainya yang menjual pelbagai jenis lauk pauk untuk berbuka puasa.

Menurutnya, dia pada waktu itu dua pelanggan juga berada di bawah khemah yang sedang memilih lauk pauk untuk dibeli.

“Secara tiba-tiba, sebatang pokok kelapa tumbang menghempap bahagian tengah khemah gerai tersebut.

“Saya bernasib baik kerana semasa kejadian saya sedang menyusun perkakasan lauk manakala dua pelanggan pula berada berhampiran dengan saya di hujung khemah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketika kejadian ribut itu, lebih 40 peniaga sedang berada di gerai masing-masing.

Katanya, dia bersyukur terselamat dalam kejadian itu walaupun khemah gerai tersebut ranap dihempap pokok kelapa berkenaan.

“Alhamdulillah, saya dan dua pelanggan yang berada dalam khemah gerai tersebut tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik gerai tersebut, Marshirul Umar,39, pula berkata, peniagaan lauk pauk di bazar Ramadan itu baru diceburi pada tahun ini.

“Saya tidak sangka pula kejadian itu berlaku ke atas gerai saya,” ujarnya.

Malah, beliau memberitahu juga mengalami kerugian lebih RM2000 melibatkan kerosakan khemah, meja dan perkakasan menjual lauk pauk dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Fauzi Shuib berkata, seramai enam anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi dan memotong pokok kelapa yang tumbang itu kira-kira pukul 4.40 petang.

“Bomba meminta peniaga yang mempunyai gerai di bawah pokok supaya sentiasa berwaspada terutamanya ketika hujan dan angin kencang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya