Dana RM600 bilion pun masih tak dapat tangani wabak - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Dana RM600 bilion pun masih tak dapat tangani wabak – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RM600 bilion yang telah digunakan kerajaan sepatutnya sudah cukup untuk menangani penularan wabak Covid-19, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri berkata, dengan jumlah sebesar itu pun masih kerajaan masih tidak mampu menanganinya.

“Kerajaan mendakwa sudah menghabiskan lebih daripada RM600 bilion untuk melawan pandemik. Jika benar, kita sepatutnya sudah mempunyai kapasiti dalam melawan wabak ini.

“Tetapi, secara jelasnya kita masih tidak dapat menanganinya. Kita mesti tahu kenapa. RM600 bilion ialah wang yang banyak. Tak mudah membelanjakan wang sebanyak itu dalam masa yang sebegitu singkat.

“Kita mesti serius dalam melawan Covid-19 jika tidak, kita bakal melihat lebih ramai yang mati yang sepatutnya boleh diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

12 April lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membelanjakan RM600 dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19.

Jumlah itu masing-masing melibatkan RM340 bilion bagi pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berkuatkuasa dari 12 Mei sehingga 7 Jun 2021 namun, ia berbeza dengan pelaksanaan PKP pertama pada Mac tahun lalu.

PKP kali ini membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaannya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya