Beri ruang golongan artis bukti kemampuan dalam politik - Utusan Malaysia

Beri ruang golongan artis bukti kemampuan dalam politik

ZED ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan artis dan selebriti untuk melibatkan diri dalam dunia politik seperti berlaku di luar negara melibatkan  golongan tersebut seperti Krisdayanti, Desy Ratnasari dan Ronald Reagen.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi berkata, semua individu mempunyai kepakaran dan kelebihan masing-masing dan begitu juga golongan artis serta selebriti yang tidak ketinggalan mempunyai kepakaran dan kebolehan tersendiri.

Katanya, semua orang tidak boleh memandang rendah golongan seni begitu sahaja kerana berkemungkinan dengan kepakaran dan kebolehan, mereka boleh mentadbir dengan lebih baik serta meninggalkan kesan yang lebih mendalam berbanding yang lain . 

“Mungkin peguam pakar dari sudut undung-undang, tetapi adakah dia popular? Kalau artis, dia popular dan juga ada kelebihan yang lain. Tidak semestinya artis, sebab populariti sahaja.

“Kalau tak bagi ruang kepada orang industri seni, mana awak tahu dia mampu mentadbir atau tidak? Kita juga kena terima pandangan masing-masing, dia (artis) hendak sokong parti mana, pandai mereka lah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan, ramai selebriti menceburi bidang politik sejak kebelakangan ini dengan mendakwa mahu memperjuang kepentingan negara terutama dalam kecelaruan politik pada masa kini. 

Terbaharu, pelawak, Afdlin Shauki dan penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zed Zaidi berkata, sesiapa sahaja boleh menyertai bidang politik sekiranya mereka mempunyai minat dan ilmu dalam bidang masing-masing.

Katanya, isu golongan seni  menyertai politik sudah menjadi kebiasaan di negara luar dan apa salahnya jika mereka ada kepakaran dalam bidang seni itu sendiri serta boleh membantu menyumbang  kepada negara terutama sekali melalui bidang politik. 

“Apabila orang seni sertai politik, memang saya tidak menghalang malah menyokong. Dia akan mempermudahkan Seniman menyediakan dasar yang melibatkan industri seni kerana kadang kala sesetengah menteri tidak memahami masalah industri seni, sedangkan kita sangat memerlukan perkara tertentu.

“Jadi disebabkan itu kita perlu ada dalam kalangan orang politik yang daripada industri yang memahami masalah kita dan memudahkan kerja kita bagi menambah baik industri seni itu,” katanya.

Tambah Zed Zaidi, golongan seni perlu bersedia dari segi mental dan fizikal jika menyertai politik kerana ia adalah bidang yang berbeza dari industri seni. 

“Cabaran lebih besar  perlu dihadapai walaupun ada sesetengah tekanan itu mereka pernah hadapi seperti sudah biasa kena hentam dan kena fitnah, tetapi tekanan cabaran lain yang mereka . – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya