Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC dikuarantin - Utusan Malaysia

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir keseluruhan Timbalan Pendakwa Raya daripada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara kini diletakkan di bawah kuarantin kendiri selepas terdedah dengan rakan sekerja mereka yang positif Covid-19.

Mereka yang terlibat mula menjalani kuarantin sejak semalam (3 Mei) dan dijangka akan berterusan selama 10 hari.

Menurut laman sesawang Jabatan Peguam Negara, terdapat kira-kira 53 kakitangan di bahagian berkenaan yang mana 22 daripadanya ialah Timbalan Pendakwa Raya. 

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan tersebut diketuai, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Sementara itu, salah seorang pegawai atasan di Jabatan Peguam Negara ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Bahagian itu juga telah menjalani proses sanitasi pada Jumaat dan Sabtu lalu,” ujar sumber berkenaan.

Difahamkan, salah seorang Timbalan Pendakwa Raya telah disahkan positif dijangkiti virus berkenaan pada Jumaat lalu (30 April).

Rentetan kejadian itu, kesemua kes-kes jenayah yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bermula 3 hingga 13 Mei ini telah ditangguhkan dan dijangka akan bermula semula pada 17 Mei ini.

Kebenaran untuk menangguhkan kesemua kes-kes itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf pada Sabtu lalu.

Kebenaran itu kemudian disampaikan kepada Manoj melalui emel daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya