AkuPN program baharu untuk golongan muda cari kerja - Utusan Malaysia

AkuPN program baharu untuk golongan muda cari kerja

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) tampil dengan program Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) melalui aplikasi Cari Kerja, Skil dan Sapot bagi memperkasa golongan belia.

Program itu antara lain bertujuan untuk menjana pendapatan, meningkatkan kemahiran dan memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.

Justeru, Ketua Pemuda PN, Senator Tan Sri Khairil Nizam Khirudin menyeru seluruh rakyat negara ini terutama golongan muda untuk menyertai dan mendaftarkan diri sebagai ahli AkuPN bagi mencapai matlamat program berkenaan.

Katanya, cetusan program itu setelah mempertimbangkan terdapat lebih 700,000 kekosongan jawatan menerusi data diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 6 Mei 2021 selain pelbagai program latihan kemahiran termasuk up-skilling dan re-skilling disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2021 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Penjana).

“Mendepani cabaran ini, Pemuda Perikatan Nasional sedar bahawa tugas dan peranan bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

“Bahkan, ia adalah tanggungjawab sekalian rakyat khususnya anak muda sebagai akar umbi negara untuk merangkul potensi dan peluang bagi bersama-sama memacu pertumbuhan negara.

“Yakinlah bahawa setiap di antara kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang signifikan demi masa depan kita semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi semakan Utusan Malaysia di laman sesawang rasmi AkuPN, istilah Cari Kerja menjelaskan ia sebagai usaha memudahkan cara hubungan antara industri dan lapangan pekerjaan.

‘Skil’ pula merujuk kepada pemudah cara hubungan antara agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan ruang pemberdayaan dengan setiap warganegara yang berpotensi digilap kemahiran mereka.

Manakala ‘Sapot’ sebagai memudahkan usahawan baharu dan peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan bagi mendapatkan bantuan kewangan sama ada daripada kerajaan atau pembangunan komuniti ekonomi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya