6,976 kes positif; 681 kes ICU; 57,022 kes aktif - Utusan Malaysia

6,976 kes positif; 681 kes ICU; 57,022 kes aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih mengekalkan kes positif Covid-19 menghampiri 7,000 kes iaitu 6,976 kes dengan Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,235 kes.

Sebanyak 3,587 kes sembuh direkodkan dan 49 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 57,022 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 681 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 361 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus merekodkan kes melebihi 2,000 kes sejak beberapa hari lalu manakala majoriti negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Sarawak, 663 kes; Kelantan, 626 kes; Johor, 549 kes; Kuala Lumpur, 447 kes; Negeri Sembilan, 434 kes; Kedah, 422 kes; Pulau Pinang, 372 kes; Perak, 279 kes; Terengganu, 266 kes; Pahang, 263 kes; Melaka, 209 kes dan Sabah, 136 kes.

“Labuan merekodkan 37 kes dan Putrajaya, 30 kes manakala Perlis, lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN