6 nelayan Indonesia ditahan ceroboh laut - Utusan Malaysia

6 nelayan Indonesia ditahan ceroboh laut

MARITIM Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama enam kru di perairan Pulau Kendi semalam selepas didapati menceroboh perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEOGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama enam kru selepas didapati menceroboh perairan negara semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 61 kilometer dari barat Pulau Kendi, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, bot itu dikesan berada di dalam kawasan perairan Malaysia oleh KM BURAU yang sedang melakukan rondaan OP Benteng/ Op Pertiwi/ Op Tanjung.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tekong bersama lima kru warga Indonesia berusia antara 20 hingga 42 tahun.

“Kesemua mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 59/63 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal melaporkan kepada pihak berkuasa untuk memasuki perairan Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan tekong dan kru boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali,” katanya.

Tambahnya, bot dan kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Batu Maung dekat sini untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya