5 lelaki dikompaun RM5,000 rentas daerah untuk berhari raya - Utusan Malaysia

5 lelaki dikompaun RM5,000 rentas daerah untuk berhari raya

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai lima lelaki di sini dikompaun RM5,000 selepas didapati masih berdegil dengan cuba merentas daerah untuk melakukan ziarah hari raya semalam. 

Mereka yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan secara berasingan di tiga lokasi di daerah ini kerana melakukan rentas daerah tanpa kebenaran ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dikompaun itu dikeluarkan kerana alasan untuk berhari raya tidak boleh diterima disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung tidak dibenarkan ketika tempoh PKP. 

Dalam pada itu tambahnya, sepanjang operasi PKP sejak hari raya pertama, pihaknya mengeluarkan sebanyak 25 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). 

“Ia termasuk kompaun RM1,500 kepada empat lelaki berusia 35 hingga 43 tahun yang duduk melepak tanpa memakai pelitup muka . 

“Selain itu, pemilik sebuah premis yang gagal mengawal kemasukan pengunjung di Mak Mandin dikompaun RM20,000 manakala empat pelanggannya yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal masing-masing dikompaun RM4,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN