3,551 kes positif; 2,709 kes sembuh; 19 kematian; 14 kluster - Utusan Malaysia

3,551 kes positif; 2,709 kes sembuh; 19 kematian; 14 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif baharu Covid-19 iaitu 3,551 kes berbanding semalam iaitu 3,744 kes manakala kes sembuh iaitu 2,709 kes.

Sebanyak 19 kematian dan 14 kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 33,762 kes berbanidng semalam 32,939 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 354 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 199 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur, 477 kes; Sarawak, 391 kes; Kelantan, 326 kes; Pulau Pinang, 305 kes; Johor, 258 kes; Perak, 137 kes dan Kedah, 112 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka angka iaitu Pahang, 97 kes; Melaka, 82 kes; Negeri Sembilan,  85 kes; Sabah, 69 kes; Terengganu, 58 kes dan Putrajaya, 12 kes.

“Hanya Perlis merekodkan tiga kes dan Labuan, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, 19 kes kematian melibatkan lima kes di Sarawak, tiga kes di Johor, tiga kes di Selangor, dua kes di Kelantan, dua kes di Kuala Lumpur manakala Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu, masing-masing satu kes.

“Kes melibatkan 14 lelaki termasuk seorang warga asing dan lima wanita berusia antara 31 hingga 92 tahun dengan pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, jantung, meningioma, buah pinggang kronik, lymphoma, obesiti, dislipidemia, paru-paru obstruktif kronik, tuberkulosis, strok dan psoriatic arthritis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya