3,120 kes positif; 2,334 kes sembuh; 23 kematian - Utusan Malaysia

3,120 kes positif; 2,334 kes sembuh; 23 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,120 kes berbanding semalam, 2,500 kes manakala kes sembuh iaitu 2,334 kes.

Sebanyak 23 kematian dan sembilan kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 31,516 kes berbanding semalam, 30,753 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 338 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 181 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi positif iaitu 675 kes diikuti Sarawak, 620 kes; Kuala Lumpur, 408 kes; Johor, 336 kes; Kelantan, 296 kes; Pulau Pinang, 167 kes; Kedah, 155 kes dan Perak, 117 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka pula iaitu Negeri Sembilan, 95 kes; Sabah, 89 kes; Terengganu, 53 kes; Melaka, 52 kes; Pahang, 41 kes dan Putrajaya, 11 kes.

“Hanya Labuan merekodkan kes satu angka iaitu lima kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.