27 butir bom lama di tebing sungai dimusnahkan - Utusan Malaysia

27 butir bom lama di tebing sungai dimusnahkan

BOM jenis Artileri Meriam 40mm dan Mortar 60mm yang dimusnahkan UPB IPK Johor bersama UPB IPD Kota Tinggi di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, di Pengerang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebanyak 27 butir bom lama jenis Artileri Meriam 40 mm dan Mortar 60 mm berjaya dimusnahkan di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, di Pengerang, di sini.

Pemusnahan yang dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dilakukan pada pukul 12 tengahari.

“Tindakan pemusnahan bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) melibatkan bom jenis Artileri Meriam 40 mm sebanyak 26 butir dan Mortar 60 mm sebanyak satu unit itu menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Terdahulu, penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil daripada tindakan flushing dengan menggunakan alat pengesan logam sebelum tindakan pemusnahan In Situation (In-situ),” kata Polis Johor dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemusnahan telah dijalankan dengan berjaya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Polis Johor turut meminta orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom agar melapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.