22 kompaun dikeluarkan di Port Dickson - Utusan Malaysia

22 kompaun dikeluarkan di Port Dickson

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan polis di sekitar Port Dickson kepada individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua kompaun tersebut dikeluarkan pasukan Task Force SOP PKP dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bermula 12 Mei lalu sehingga kelmarin.

Jelas Aidi Sham, terbaharu seramai sembilan individu dikenakan kompaun di sekitar Port Dickson, Teluk Kemang dan Lukut di sini atas kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebanyak lima kompaun dikeluarkan kerana tidak memakai pelitup muka, dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan merentas daerah tanpa surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dua lagi kompaun dikeluarkan kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal dengan melepak tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, kompaun sebanyak RM1,500 dikenakan untuk kesalahan tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka manakala RM5,000 bagi kesalahan rentas daerah tanpa surat kebenaran.

“Pihak polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP PKP yang telah ditetapkan oleh MKN. Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP MKN sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya