20 dikompaun ketika sedang berhibur - Utusan Malaysia

20 dikompaun ketika sedang berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 20 lelaki termasuk seorang penjaga premis dikompaun dalam Op Covid Pemantauan Pusat Hiburan dan Noda di Bukit Tengah, di sini kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kesemua yang dikompaun itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 44 tahun.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan hampir kesemua lelaki tersebut sedang berhibur keadaan lampu premis yang masih terbuka.

“Kesemua mereka dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 19(1) PPDPB (No.4) 2021 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) (Akta 342) iaitu tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Pada masa sama, mereka juga gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Shafee, setiap individu tersebut dikompaun sebanyak RM5,000 manakala pemilik premis pula didenda sebanyak RM25,000 atas kesalahan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN