12 lagi lokaliti dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

12 lagi lokaliti dikenakan PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 12 lagi lokaliti berbeza di seluruh negara bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 8 Jun antaranya lima sub-zon di Wilayah Persekutuan Labuan susulan peningkatan begitu mendadak kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan mengesahkan kadar kebolehjangkitan adalah 2.55 iaitu melebihi 2.00 dan berkemungkinan berlaku penularan skala yang lebih besar.

Turut dikenakan PKPD ujarnya ialah tiga mukim dalam Daerah Lipis, Pahang yang meliputi Mukim Kuala Lipis, Mukim Penjom dan Mukim Budu susulan 132 kes dalam tempoh 24 hari.

Tidak ketinggalan dilaksanakan PKPD untuk tempoh yang sama katanya, ialah dua kawasan perumahan di Daerah Putatan, Sabah iaitu Taman Seri Ketiau dan Taman Desa Seri Ketiau.

 Begitu juga penduduk di Ladang Felda Global Ventures, Kalabakan Selatan, Bahagian Tawau, Sabah dikenakan PKPD apabila sembilan kes positif baharu direkodkan daripada 47 orang selain satu lagi lokaliti di Sabah iaitu di Kampung Sungai Imam, Bahagian Tawau ekoran 17 kes dikesan hasil ujian saringan melibatkan 57 penduduk.

 “PKPD di Felda Kahang Timur, Daerah Kluang, Johor yang sepatutnya tamat pada esok, akan disambung 14 hari lagi hingga 8 Jun ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Bagaimanapun kata beliau, PKPD melibatkan dua lokaliti berbeza yang masing-masing terletak di Sabah dan Sarawak berakhir esok seperti dijadualkan sebelum ini membabitkan Felda Umas, Kalabakan, Bahagian Tawau, Sabah dan Kampung Bako Hilir, Bahagian Kuching, Sarawak susulan trend penurunan kes baharu Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya