12 individu dikompaun rentas negeri tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

12 individu dikompaun rentas negeri tanpa kebenaran

SERAMAI 12 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang selepas dikesan tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak polis dalam satu pemeriksaan di SJR Outer 12, Kilometer Satu, Jalan Rompin- Pasir Besar, Gemas, Jempol. - UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seramai 12 orang warga asing dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang selepas dikesan berada di dalam sebuah kenderaan melebihi tiga orang seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak polis hasil pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Outer 12, Kilometer satu, Jalan Rompin- Pasir Besar, Gemas, di sini petang semalam.

Seorang lagi individu yang turut sama berada di dalam lori berkenaan pula ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan /6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, majikan bagi pekerja asing berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan dan boleh dikenakan kompaun RM10,000.

Ini berikutan majikan berkenaan didapati tidak menggunakan kenderaan yang sesuai bagi penjarakan fizikal pekerja semasa di dalam kenderaan di bawah Kesalahan 17(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Kesemua individu berkenaan, enam daripadanya warganegara India dan tujuh warganegara Bangladesh, dikesan dalam satu pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori jenis Delta berwarna putih dari arah Rompin menghala ke Pasir Besar kira-kira pukul 5.30 petang.

“Selepas kenderaan diperiksa, pemandu lori iaitu lelaki warganegara tempatan berusia 52 tahun ditemani penumpang hadapan seorang lelaki warganegara asing dan terdapat 12 lelaki juga warganegara asing berusia lingkungan 20-an hingga 40-an berada di bahagian belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, mereka dibawa ke Balai Polis Rompin untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta melakukan kesalahan dibawah Peraturan 4(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-peraturan pencegahan kerana tiada surat kebenaran rentas negeri daripada polis.

“Semakan mendapati kesemuanya merupakan pekerja bagi sebuah syarikat yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan menara dari Mukim Jabi, Daerah Segamat hingga Mukim Serting Ilir, Daerah Jempol,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chang Hook berkata, selain kompaun di SJR berkenaan, sebanyak tujuh lagi kompaun dikeluarkan sepanjang pelaksanaan Operasi Pematuhan SOP PKP di sekitar daerah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN