TNB sumbang 19 rumah di Perlis - Utusan Malaysia

TNB sumbang 19 rumah di Perlis

MAHDZIR Khalid (dua, kiri) menyerahkan zakat perniagaan TNB berjumlah RM309,340.11 kepada MAIPs sambil disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) di Kangar, Perlis, baru-baru ini. – UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Terpancar kegembiraan di wajah 19 keluarga selepas menerima sumbangan rumah baharu menerusi Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu majlis di sini.
Penyerahan sumbangan kediaman baharu itu bernilai keseluruhan RM950,000.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seramai 17 keluarga menerima rumah baharu menerusi PBJ yang diharapkan memberi kegembiraan kepada mereka menjelang sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya yakin bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban para penerima dan keluarga, lebih-lebih lagi ketika mereka bakal menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Sementara itu, dua keluarga bukan Islam pula turut diserahkan rumah baharu yang menerima manfaat menerusi PMR. Projek ini adalah sebahagian daripada beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB.

“Ia sejajar dengan saranan kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini membantu kerajaan dalam membaiki dan membina rumah kediaman golongan yang memerlukan, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan PBJ dan PMR TNB peringkat negeri ini serta Penyampaian Zakat Perniagaan TNB Perlis 2019 di Hotel Seri Malaysia di sini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyaksikan majlis penyerahan bantuan tersebut.

Sementara itu, Mahdzir memberitahu, sejak PBJ diperkenalkan pada 2007, sebanyak 885 buah rumah sudah dibaik pulih, dibina baharu atau dibiayai pembeliannya di seluruh negara melibatkan belanja lebih RM39.52 juta yang
diperoleh melalui dana zakat perniagaan tahunan TNB yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

“Bagi PMR pula, sebanyak 214 keluarga dari seluruh negara telah menikmati manfaatnya dengan biaya lebih RM7.29 juta,” ujarnya.

Pada majlis sama, TNB turut menyerahkan zakat perniagaan TNB Perlis berjumlah RM309,340.11 kepada MAIPs.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya