fbpx

Tiada kes polis meninggal dunia akibat komplikasi dos kedua vaksin

MESEJ tular dalam media sosial mengenai kematian seoang anggota polis di Gerik yang didakwa berpunca daripada komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.- MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kesihatan negeri menafikan dakwaan tular dalam media sosial bahawa terdapat kematian seorang anggota polis di Gerik disebabkan komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ding Lay Ming bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya menyatakan ia adalah berita palsu.

“Berita palsu,” ujar beliau ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi turut menafikan mesej tular tersebut.

Katanya, anggota terbabit kini menerima rawatan di Hospital Gerik namun enggan mendedahkan penyakit yang dihidapi lelaki itu.

“Mesej tular itu tidak benar. Tiada kematian membabitkan anggota disebabkan komplikasi vaksin,” katanya.

Tular dalam media sosial kononnya seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 58 tahun yang bertugas di Lawin, Gerik meninggal dunia akibat komplikasi dos kedua vaksin Covid-19. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI