Tahi dadah diberkas - Utusan Malaysia

Tahi dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai ‘tahi dadah’ ditahan dalam serbuan di Jalan Kuchai Lama, di sini semalam.

Serbuan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 10 malam itu turut merampas dadah dianggarkan bernilai RM3,816 dalam simpanan suspek.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati suspek berusia 20 hingga 39 tahun itu dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah sejak dua bulan lalu dan menyasarkan penagih sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati ketiga-tiga suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan air kencing telah diambil dan suspek suspek didapati negatif.

“Dadah yang dirampas juga mampu digunakan untuk 70 penagih.

“Mereka kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 April depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya